PUTRAJAYA – Ada usaha terancang untuk menanam kebencian kepada kerajaan Perikatan Nasional, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, ini kerana banyak berita-berita palsu yang disebarkan secara meluas terutamanya ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.
“Kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan.
“Kita tahu perkara itu dilakukan secara agak tersusun maka kalau sekiranya kerajaan tidak punya keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya.
“Sebab itu kerajaan memandang serius perkara ini dan satu ‘committee’ telah dibentuk di peringkat menteri, kita akan mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan itu.
“Kita sedar mesej yang benar itu lebih lambat sampai kepada rakyat, jadi itu tidak seimbang antara penyebaran dan penularan berita palsu berbanding dengan fakta sebenar,” katanya kepada pemberita selepas Program Prihatin Ramadan 2021 di Perbadanan Putrajaya hari ini.
Annuar mengulas demikian ketika ditanya pemberita mengenai amalan kerajaan yang disifatkan mengamalkan dua darjat lebih-lebih lagi dalam hal-hal berkaitan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette
dah la bodoh,berlagak pulak tu,ada ke org suka,
mmg org benci dan semakin benci,
negara makin xjadi apa,
rakyat terus ditekan dan disalahkan,
xde org hasut pun mmg org ramai dah benci,
dah la penuh katak dan najis,pastu perasan maksum pulak,
mudah2an ramai yg dah bukak mata seluas2nya