KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Aishah berkongsi rahsia bagaimana dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 35 kilogram (kg).
Menerusi satu posting di Instagram miliknya, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu mendedahkan aktiviti yang dilakukan untuk menurunkan berat badannya.
“Ke arah keseimbangan photo🤭🤭🤭 35kgs loss…am a bit proud of myself actually setiap petang 30min zumba kemudian sedikit vocal exercises…supaya tidak hilang skill tu,buatnya dah nak PKP semula😭😭😭Malam kita habiskan baca yassin dll.dgn boys…kejar akhirat insyaallah dapat dunia🥰🥰🥰,” tulisnya.
Pada masa sama, Aishah turut memberitahu dia kini dalam usaha untuk menurunkan lagi lima kilogram berat badannya.
“ @dr.mustafamt 5kgs more to my initial weight loss target.Once there maybe another 5kgs to a ‘normal’ BMI perhaps,” ujarnya. – MalaysiaGazette