Passengers of waiting for the Light Rail Transit (LRT) at the Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) to go to work following the implementation of the Movement Control Order (MCO) on six districts in Selangor beginning today, and Kuala Lumpur on 7 May. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 06 MAY 2021.
Passengers of waiting for the Light Rail Transit (LRT) at the Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) to go to work following the implementation of the Movement Control Order (MCO) on six districts in Selangor beginning today, and Kuala Lumpur on 7 May. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 06 MAY 2021.

KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa hari ini dan esok.

Ketua Pegawai Operasi, Rapid Rail Sdn. Bhd. Azmi Mohd. Zain berkata, Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara tiga minit bergantung kepada pada waktu puncaknya.

“Dari segi macam mana kita mengawal SOP (Prosedur Operasi Standard), macam biasa sahaja. Daripada PKP 1.0, aktiviti-aktiviti untuk melawan Covid-19 ini kita teruskan macam biasa dan perbezaan yang ketara ialah kita menyediakan tren berhenti macam sebelum Covid-19 iaitu kapasiti yang biasa sahaja.

“Dan kita ketahui bahawa pencapaian penumpang sekarang ini ada waktu PKP ini lebih kurang 45 peratus. Jadi kapasiti masih banyak lagi,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Transit Aliran Ringan (LRT), Azmi Mohd Zain bercakap kepada media susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam daerah negeri Selangor bermula hari ini manakala seluruh Kuala Lumpur pada 7 Mei ketika tinjauan lensa di Kuala Lumpur Sentral. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2021.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan bersama media di KL Sentral di sini hari ini.

Beliau turun menaiki MRT dari Stesen Kajang dan melakukan pertukaran di Stesen Pasar Seni.

Azmi yang berkongsi pengalaman itu berkata, suasana penumpang masih seperti biasa dan hanya berlaku sedikit kesesakan ketika pertukaran di Stesen Pasar Seni namun pergerakan berjalan dengan lancar.

Jelas beliau, ini telah memberi petunjuk berlakunya pengurangan penumpang pada hari ini.

“Pada masa sama, semua perkhidmatan rel Rapid KL beroperasi dengan mematuhi rapi syarat SOP ditetapkan.

“Prasarana juga sentiasa memberikan peringatan di dalam tren dan di stesen untuk sentiasa mengamalkan penjarakan seperti disaran kerajaan.

“Namun hasil pemerhatian kita, penumpang sekarang telah mempunyai kesedaran tinggi mengenai SOP ketika berada di stesen dan dalam tren,” katanya. – MalaysiaGazette