Ridhuan Tee Abdullah
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah membidas kenyataan Siti Nurhaliza kononnya mengumpul pahala apabila ada orang memfitnahnya.

Menurut beliau, selain itu, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala harus dihentikan.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, tindakan memetik nama agamawan untuk melindungi diri d iatas kesalahan sendiri amatlah tidak elok jika dilakukan.

Tambanya lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan melihat dari situasi kalut sekarang.

Pendakwah itu juga mengulas sedikit berkenaan kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana boleh jadi ia bakal memudaratkan andai dilakukan pada waktu-waktu berisiko.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua pihak supaya menghentikan budaya mencari publisiti dengan memberitahu semua perkara kepada khalayak sehingga meninggalkan pelbagai masalah.

Di akhir coretannya, Ridhuan turut mempersoalkan ‘ustaz’ manakah dirujuk oleh seorang selebriti sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri? Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.
“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.
Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek.
“Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.
“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis. Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.
“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.
“Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?
“Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?” soalnya di Facebook.

Sebelum ini, satu majlis bertahnik telah berlangsung di penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga ‘kecoh’ di media sosial.

Tetamunya juga bukan calang-calang apabila membariskan pendakwah-pendakwah terkenal serta menteri Kabinet bagi menyempurnakan majlis tahnik anaknya.

Namun, menerusi beberapa kenyataan susulan, pihak mereka telah memohon maaf dan bersedia untuk memberi kerjasama apabila dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan serta telah menjelaskan keadaan sebenar di media sosial. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siti Nurhaliza dikecam lagi gara-gara status kumpul pahala percuma

1 Komen

Comments are closed.