KUALA LUMPUR – Restoran India Gate di Puchong dan Cyberjaya tampil dengan ‘Bucket Briyani’.

Ia sesuai untuk hidangan untuk enam hingga lapan orang atau mungkin lebih daripada itu.

Pengerusi merangkap pemilik India Gate, Saravanan Subramaniam berkata, pihaknya tampil dengan idea bucket briyani kerana masakan itu digemari pelanggan setianya yang datang dengan bilangan yang ramai.

Kata beliau, dengan larangan ‘dine in’ yang dikuatkuasakan kerajaan, Bucket Briyani merupakan pilihan yang ideal bagi mereka yang berkeluarga besar.

“Puas hati kerana kuantitinya memang banyak dan ianya pasti boleh dinikmati lebih daripada enam hingga lapan atau lebih dari itu. Jika hendak pesan, bukankah lebih senang buat pesanan sekali untuk jumlah yang banyak.

“Itulah idea kami, apabila perintah PKP ini, ramai sebenarnya pelanggan kami mengeluh kerana sudah tidak boleh dine ini. Lebih-lebih lagi ketika musim puasa ini, ramai juga berbuka di restoran ketika Ramadan ini sebenarnya makan berjemaah,” katanya kepada MalaysiaGazette

Menurutnya, harga yang ditawarkan adalah berpatutan bermula RM89.90 untuk pakej vegetarian sehingga RM139.90 bagi pakej briyani udang.

Setiap hidangan Bucket Briyani vegetarian didatangkan dengan hidangan sampingan (side dishes) seperti raita, kurma sayur-sayuran, manchurian balls (hidangan India Utara) serta kobis 65.

“Untuk yang bukan pemakan sayur-sayuran pula ada raita bawang, kuah-kuah seperti ayam dan ikan, ayam goreng ala 65 serta telur rebus yang sememangnya antara yang wajib dimakan dengan briyani.

“Bucket Briyani ini sebenarnya dimasak dengan ramuan-ramuan serta rempah ratus tradisional yang cukup memukau, sesiapa yang pernah makan di India Gate pastinya akan kembali lagi, kita banyak pelanggan tegar,” ujarnya.

Hidangan Bucket Briyani ini tidak terdapat dalam aplikasi perkhidmatan makanan seperti Grab dan Food dan pelanggan boleh menghubungi India Gate Puchong di talian 0189694929 dan Cyberjaya di talian 0183515974 selain menggunakan aplikasi WhatsApp untuk membuat tempahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast