5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan pihaknya telah mengesan sebanyak 14 kes positif Covid-19 daripada varian Afrika Selatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata. kes-kes itu dikesan berlaku di empat buah negeri.

“Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan.

“Malah satu kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Sehingga kini, KKM telah mengesan sebanyak 62 kes daripada varian itu menjangkiti pesakit dan dua jenis varian Indian B.1.617.

Daripada jumlah itu, tujuh kes baharu varian dikesan di Kluster Kampung Domis, empat kes baharu dikesan daripada saringan kontak rapat, masing-masing satu kes di Kluster Bangkahulu, Kluster Bayan Cenderawasih dan satu kes selepas divaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 20 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 12 daripadanya dikesan di tempat kerja, lima dalam komuniti dan masing-masing satu berkait kegiatan keagamaan, sektor pendidikan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster Persimpangan Batu Arang di Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 163 kes positif, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih 2 (105 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Tanjung (53), Kluster Telipot (46), Kluster Jalan Terbilang (43), Kluster Kampung Tok Sangkut (43), Kluster Kahang Timur (42), Kluster Jalan Muafakat di Johor (39), dan Kluster Industri Jalan Emas di Selangor (31 kes).

Kluster Persiaran Satu (27), Kluster Nanga Skrang (27), Kluster Persiaran Masjid Lima (26), Kluster Skim Penempatan Stapok (26), Kluster Jalan Tembaga Industri (24), Kluster Lorong Taman Ipoh Dua (21), Kluster Tapak Bina Batu Lima (20), Kluster Jalan Gangsa Industri (15), Kluster Kebagu (15), Kluster Kampung Tok Sangkut (10), Kluster Jalan Segambut Pusat (9), dan Kluster Tanjung Kapor (8). – MalaysiaGazette