Aksi finale Liga Juara-Juara Eropah antara Man City dan Chelsea telah dipindahkan dari Turki ke Porto, Portugal.

LISBON – Vanue perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester City dan Chelsea dipindah dari Turki ke Portugal.

Mengikut jadual asal, perlawanan itu sepatutnya berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 29 Mei ini di Porto dengan dihadiri 6,000 penyokong kedua-dua kelab itu.

Protokol dan larangan penularan Covid-19 menyebabkan aksi akhir terpaksa dipindah.

Portugal berada dalam senarai gelembong hijau England dan para pemain dan peminat kedua-dua kelab itu boleh hadir tanpa perlu dikuarantin apabila pulang nanti manakala Turki berada dalam senarai merah.

Presiden Uefa, Aleksander Ceferi berkata, pihaknya gembira penyelesaian telah dicapai secara baik.

Sebelum ini Stadium Wembley dicadangkan menggantikan Turki untuk perlawanan akhir itu namun Uefa, kerajaan United Kingdom dan persatuan bola sepak gagal mencapai kata sepakat dalam soal pengecualian proses kuarantin untuk penaja, tetamu khas dan penyiar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast