KUALA LANGAT – Jika dahulu rumah-rumah kampung selalu dipenuhi dengan pelita buluh namun seiring dengan peredaran zaman, pelita plastik dan lampu moden kini menjadi pilihan sebagai dekorasi raya.
Bagi mengekalkan kemeriahan hari raya Aidilfitri yang disambung dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penduduk Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor mengambil inisiatif bergotong-royong memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) serta membina dekorasi replika bertemakan masjid.
Sementara rumah-rumah penduduk pula dipenuhi dengan lampu berwarna-warni yang dipasang pada dinding serta dililit pada pokok.
Lebih 1,500 biji pelita turut dinyalakan bagi menerangi lorong-lorong di kampung tersebut.
Sekumpulan kanak-kanak bermain meriam yang merupakan aktviti mereka pada malam raya di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Anak-anak muda gigih melakukan kerja-kerja pemasangan lampu perhiasan sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Shahrul Anuar Majid bersama rakannya, Muhammad Nazren Kamsuri melakukan kerja-kerja pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) bertemakan hari raya di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Sahruddin Nan memasang lampu perhiasan dihadapan rumahnya bagi memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Baharuni Sarion menyalakan pelita yang dihasilkan sendiri bagi memeriahkan suasana kediamnya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Syaza Zuhairah bersama adiknya riang bermain bunga api dihadapan rumah mereka yang dihiasi dengan pelita dan lampu perhiasan di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Deretan pelita yang dipasang sepanjang jalan oleh anak-anak muda di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Shahrul Anuar Majid bersama rakannya, Muhammad Nazren Kamsuri melakukan kerja-kerja pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) bertemakan hari raya di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Syaza Zuhairah riang bermain bunga api dihadapan rumahnya a yang dihiasi dengan pelita dan lampu perhiasan di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Baharuni Sarion menyalakan pelita yang dihasilkan sendiri bagi memeriahkan suasana kediamnya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Baharuni Sarion menghidupkan lampu perhiasan bagi memeriahkan suasana kediamnya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Lampu perhiasan bertemakan hari raya yang dipasang sendiri oleh sekumpulan anak-anak muda Kampung Jenjarom di Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk, Sahruddin Nan memasang lampu perhiasan dihadapan rumahnya bagi memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
Penduduk tidak melepaskan peluang bergambar dengan replika raya berbentuk masjid di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL