Bangunan Terminal Sentral Kuantan ditutup tiga hari bagi operasi sanitasi awam susulan terdapat dua kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja.

KUANTAN – Terminal Sentral Kuantan (TSK) diarah tutup semalam susulan dua kes positif Covid-19 dalam kalangan warga kerja pengurusan terminal itu.

Pengarah Majlis Keselamatan negara (MKN) Negeri Pahang, Zairasyahli Syah Zulkifli  berkata, TSK ditutup sementara bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan yang mengambil masa tiga hari untuk keseluruhan bangunan stesen bas tersebut.

Laluan hentian bas ekspres di TSK akan berpindah buat sementara waktu

“Dua kes  positif dikesan dalam kalangan pengurusan TBS petang semalam dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

“Mereka yang dikenalpasti sebagai kontak rapat pula diarah kuarantin di rumah.

“TSK ditutup sementara di bawah Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit untuk melakukan sanitasi dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum dianalisa semula,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sementara penutupan itu, operasi bas ekspres akan berpindah di lokasi lain yang akan ditetapkan bagi membolehkan perjalanan bas domestik berfungsi sepenuhnya.

“Bas ekspres berhenti di tempat lain buat sementara waktu, akan berpindah di satu lokasi yang akan ditetapkan kemudian.

Tambah Zairasyahli, pekerja tambahan sementara akan menggantikan pekerja yang dikurantin bagi membolehkan operasi berjalan seperti sediakala. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast