Kes tular satu keluarga yang menziarahi suaminya yang juga anggota polis yang bertugas di Sekatan Jalan Raya 2 di Persiaran Selatan Menghala Keluar ke Dengkil di Putrajaya telah dikenakan kompaun.

PUTRAJAYA – Keluarga seorang anggota polis yang datang bersalam dan menyerahkan juadah Hari Raya dalam satu Sekatan Jalan Raya di Putrajaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kejadian tersebut disiasat selepas hantaran di Facebook itu tular.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 13 Mei iaitu hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih kurang jam 1 tengahari di Sekatan Jalan Raya (SJR-2 Persiaran Selatan-Hala Keluar Ke Dengkil) Putrajaya.

“Anggota itu bertugas di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya dan tinggal di daerah Putrajaya bersama keluarga dan anak beliau berumur 11 tahun; 10 tahun dan 5 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kehadiran isteri dan anak-anak anggota polis pada hari tersebut bagi memberi sokongan moral kepadanya kerana bertugas di pagi raya, selain menyerahkan juadah hari raya.

”Setelah selesai bersalaman keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah. Siasatan mendapati tiada pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan oleh mana-mana pihak,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Mohd Fadzil menjelaskan IPD Putrajaya tidak berkompromi sekiranya wujudnya pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast