Pemantauan Pegawai KPDNHEP dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

KUANTAN –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Pahang telah memeriksa sebanyak 3, 100 premis perniagaan melibatkan lima pemborong dan 3,095 peruncit,

Ia dilakukan dalam tempoh 27 hari, kata Ketua Pegawai KPDNHEP Pahang, Tuan Normaswari Nordin.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kes melibatkan rampasan bernilai RM730 dan kompaun sebanyak RM2,100 dikenakan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

“Ia dilaksanakan bagi membendung daripada berlakunya kenaikan harga mendadak barangan keperluan utama pengguna semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di seluruh negara dalam norma baharu pada 13 Mei lalu.

“Skim ini yang telah dilancarkan pada 21 April dan masih lagi berkuatkuasa sehingga kini dan akan tamat pada 20 Mei ini dalam usaha memastikan bekalan barangan keperluan pengguna adalah mencukupi dan mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.

“Antara kesalahan yang dikesan seperti gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal sebanyak lapan kes.

“Tiga kes bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum  dan sat ukes bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga jualan barangan,” katanya.

Tambah Tuan Normaswari, antara lokasi yang dikesan melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan ialah di pasaraya dan pasar mini yang melibatkan penjualan ayam standard, ikan kembung dan telur ayam gred A.

ARTIKEL BERKAITAN :

KPDNHEP Pelancaran Program Jualan Prihatin Raya

20 lagi barangan kawalan harga sempena Aidilfitri – KPDNHEP

Tidak betul peniaga daging tempatan rugi, cuma margin untung kecil – KPDNHEP

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal pula ialah di pemborong  dan peruncit melibatkan penjualan bawang merah besar import, bawang putih dan telur ayam gred B.

“Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Pahang akan terus digerakkan ke lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan barangan keperluan seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya.

“Ia termasuk sesi libat urus dan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan sahabat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan juga telah dipertingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, KPDNHEP juga telah melancarkan OPS PANTAU yang bertujuan untuk memastikan perdagangan domestik terus berkembang pesat dengan perlindungan yang lebih efektif ke atas pengguna. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast