Peniaga menyusun sayur-sayuran yang dijual semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Dato Keramat, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 jenis barangan lagi dikategorikan sebagai harga terkawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2021 fasa kedua.

Barangan harga terkawal fasa ini terdiri daripada sayuran, barang kering dan hasil laut.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, fasa kedua ini dilaksanakan selama 15 hari bermula 6 hingga 20 Mei 2021 iaitu tujuh hari sebelum dan selepas perayaan.

“Pelaksanaan SHMMP HRP 2021 secara berfasa ini dibuat berdasarkan data dan bukti (data-driven and evidence-based) harga barangan di pasaran serta maklum balas pengguna,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau, dengan penambahan terbaharu ini sebanyak 32 barangan harga terkawal di bawah SHMMP HRP 2021.

“SHMMP bertujuan untuk menstabilkan harga barang yang kritikal yang menjadi menu utama bagi sesuatu perayaan untuk membolehkan seramai mungkin rakyat merayakan setiap perayaan dalam suasana tenang, ceria dan harmonis,” tambah Alexander.

Untuk rekod KPDNHEP baru-baru ini, mengumumkan 12 jenis barangan bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang bermula 21 April.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast