Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan kerja-kerja dan bersiap sedia dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dekat sini mencuba sedaya upaya untuk memisahkan kategori pesakit warga tempatan dan warganegara asing sepanjang proses kuarantin dan rawatan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi kenyataan terkini memaklumkan bahawa, ia berikutan situasi di PKRC MAEPS 2.0 kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19 kategori tiga.

“Pada awalnya PKRC MAEPS hanya mempunyai sebanyak 60 katil untuk kategori tiga pada awal Januari lalu.

“Tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS menempatkan seramai 757 pesakit dalam kategori tiga dan bercadang untuk menambah kapasiti ini kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit Covid-19 terkini,” kata JKNS lagi.

Oleh demikian, pesakit dengan kategori 3 ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan ICU sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 yang stabil ditempatkan di Dewan DG.

Bagaimanapun, pihak PKRC cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini.

“PKRC MAEPS juga mengucapkan terima kasih dan menyambut baik isu proses kemasukan yang dinyatakan pengadu dan akan melihat kembali serta melakukan penambahbaikan proses  tersebut daripada masa ke semasa,” kata jabatan kesihatan itu lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast