Shahrul Fadhel (dua dari kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, malam ini.

KOTA BHARU – Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook “GANESPARANnadaraja” kerana telah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerusi posting yang dimuatnaik menerusi media sosial itu.

Laporan dibuat Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Shahrul Fadhel Mohd Aziz bersama barisan kepimpinan sayap parti itu di Balai Polis Kubang Kerian, dekat Kota Bharu kira-kira jam 9 malam ini.

Menurutnya, beliau telah melayari laman Facebook berkenaan dan telah menonton satu video yang dimuatnaik, yang jelas membuat fitnah ke atas Sultan Muhammad V dan menimbulkan kekeliruan melampau di kalangan masyarakat.

“Sebagai rakyat Malaysia dan Kelantan khususnya, saya bimbang sekiranya perbuatan begini dibiarkan tanpa sebarang tindakan tegas akan membuka lebih banyak ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk terus menghina institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Justeru, saya membuat laporan ini untuk polis menyiasat pemilik profil laman Facebook ini yang telah dengan jelas melakukan perbuatan yang boleh menghasut kebencian rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tiang pasak Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dalam rakaman video berdurasi 5:14 saat itu, Ganesparannadaraja turut mengecam tindakan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia membakar bendera Israel selepas menghantar nota bantahan di Kedutaan Amerika semalam.

Selain mengecam NGO, beliau turut mengkritik Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bersuara mewakili Malaysia terhadap kekejaman Israel menyerang Palestin.

Shahrul Fadhel berharap, polis segera menahan lelaki itu untuk siasatan dan mendakwanya ke mahkamah atas tuduhan menghina Sultan Kelantan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Puak keparat tk sedaq diri ni kalau dibiarkan akan terus menghina raja² melayu yg menaungi negara ini. Makin melampau sgt dah puak ni..
    Depa tk sedar datuk nenek depa mai menumpang disini sehingga depa dpt jadi warganegara Malaysia ni. Tk pernah depa nk berterima kasih kpd org melayu yg bagi datuk nenek depa dok sini dgn aman dan tenteram..

Comments are closed.