KUALA LUMPUR – Penerbit Sheila Rusly berang dengan sikap netizen yang mengaitkan namanya tanpa sebab dengan pelakon yang juga pengacara Melodi, Janna Nick.
Sheila berkata, selama ini dia tidak pernah mengganggu sesiapa dan sanggup menyimpan isu yang melanda dengan Janna.
Malah ibu kepada dua anak ini turut memberi amaran akan membuka rahsia yang berlaku dengan pelakon itu sekiranya isu tersebut kembali menimbulkan kemarahannya.
“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ni.
“Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sbb itu fitnah,” katanya di Twitter yang membahasakan dirinya dengan panggilan ‘sis’.
Selain itu Sheila turut berkongsi paparan skrin daripada seorang pengguna Twitter yang menulis berkaitan hubungannya dengan Janna di ruangan Instastory.
“Tak silap aku Janna gaduh dengan Sheila sebab Sheila nak kenen anak sulung dia dengan Janna. Tapi Janna tak nak, tu gaduh tu.
“Pekerja JS Pictures yang cakap. Janna tolak secara baik dah tapi maybe sis Sheila sentap kot. Lepas tu ungkit-ungkit la jasa dia pada Janna,” demikian tulis pengguna berkenaan di Twitter.
Bagaimanapun Sheila menyifatkan tuduhan itu adalah satu fitnah.
“Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke? Jom la kalau berani.
“Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” katanya sebagai jawapan kepada individu tersebut.
Sebelum itu nama Sheila ‘dipetik’ netizen selepas program hiburan Melodi Raya menyiarkan sesi curahan hati antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh yang dihoskan Janna.
Rata-rata netizen berpendapat program berkenaan sepatutnya turut mempertemukan dan menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya iaitu Janna dengan Sheila. – MalaysiaGazette