KUALA LUMPUR – Seramai sembilan warga asing yang asyik bermain judi mesin slot ditangkap di sebuah premis di Jalan Brunei 3 Off Jalan Pudu semalam.

Kesemua mereka merupakan warga Bangladesh dan Myanmar berusia 17 hingga 71 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain itu pihaknya juga menangkap dua lagi penjaga premis tersebut.

Salah seorang daripada penjaga premis merupakan warga Bangladesh dan seorang lagi warga tempatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan, polis merampas satu kad akses, kotak pertaruhan perjudian, empat monitor perjudian, satu kotak pengisian wang, dua projektor, empat set monitor, satu modem, dua pengisian kredit judi, empat buku catitan perjudian dan wang tunai sebanyak RM10, 213.

Tahanan reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini bagi warga tempatan dan empat hari bagi warga asing terlibat.

Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast