KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affin Bank) meneruskan kesinambungan Bantuan Pembayaran Bersasar melalui Program Bantuan Kewangan dan Pelepasan Bayaran Ansuran AFFIN (F.A.I.R) hingga Jun 2021.
Program F.A.I.R ialah suatu penyelesaian bantuan kewangan yang disesuaikan serta memberikan sokongan yang diperlukan dalam membantu para pelanggan bank dalam waktu yang mencabar ini.
Affin Bank berkata, program ini dibuka kepada semua segmen pelanggan iaitu pelanggan runcit, pengusaha PKS dan juga pelanggan korporat.
Sejak program ini diperkenalkan pada Ogos 2020, program ini telah memanfaatkan lebih dari 40,000 pelanggan Bank di seluruh negara dengan menawarkan moratorium dan pelbagai bantuan kewangan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, pihak Bank akan terus membantu para pelanggan untuk mendapatkan akses kepada bantuan kewangan yang mereka perlukan dalam waktu yang mencabar ini.
Para pelanggan digalakkan untuk berjumpa dengan pihak Bank untuk mengetahui kelayakan mereka serta menghantarkan permohonan bagi program F.A.I.R. ini.
Bagi tujuan keselamatan dan juga untukmemberikan kemudahan, para pelanggan boleh menghantarkan permohonan atas talian dan juga melalui pelbagai saluran lain. – MalaysiaGazette