Pihak Maritim membawa mayat itu ke Jeti Penumpang, Tanjung Dawaieti Penumpang Tanjung Dawai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

KUALA LUMPUR – Mayat hampir reput ditemui di kedudukan 6.5 batu nautika barat Pulau Telor, Yan, Kedah pada pukul 10.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat terapung tanpa identiti dan berpakaian lengkap serta hampir reput telah ditemui oleh nelayan tempatan.

“Terdahulu, pengadu telah menelefon talian kecemasan 999 berikutan keadaan mayat yang sedang mereput dan sukar untuk dialihkan tanpa sebarang peralatan yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat tersebut telah dibawa ke Jeti Penumpang Tanjung Dawai untuk proses sanitasi  pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Noor Azreyanti berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berkaitan kehilangan ahli keluarga.

Oleh itu, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Balai Polis Yan di talian 04-4655222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast