KOTA TINGGI – Seramai 225 peneroka Felda Lok Heng dekat Kota Tinggi di sini rungsing selepas mendapati ladang kelapa sawit mereka berdepan ancaman serangan gajah liar.

Pengerusi Felda Lok Heng Timur, Mohd Aswat Othman berkata, serangan yang berlaku sejak dua tahun lalu telah mengakibatkan kerosakan lebih 4,000 batang kelapa sawit.

“Kerosakan itu sudah tentu mengakibatkan kami tidak dapat menikmati hasil kelapa sawit yang sepatutnya.

“Serangan gajah liar ini saya perasan lebih menjadi-jadi sejak bulan puasa baru-baru ini sehinggalah hari ini,” katanya ditemui di Felda Lok Heng Timur hari ini.

Ancaman gajah liar mengakibatkan kerosakan kepada pokok kelapa sawit di Felda Lok Heng di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Menurut Mohd Aswat, pihaknya menyedari masalah yang berlaku semakin serius dn peneroka sebelum ini turut mengambil inisiatif sendiri dengan membina parit di kawasan kebun bagi mengelak haiwan liar itu dari terus menceroboh.

“Kami semua sampai bina penghadang di kawasan 12,19 dan 20 kerana itu antara terjejas teruk,tapi kami gajah liar ini tetap dapat melepasi parit berkenaan. Buntu juga bila difikirkan,” katanya.

Selain blok 12,19 dan 20 yang sering menjadi sasaran gajah liar, katanya.

Aswat berkata, masalah sama turut dihadapi di tujuh blok peneroka lain.

Dalam pada itu, pihak peneroka kini dalam permohonan kepada pihak Felda untuk pemasangan pagar di kawasan terlibat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari dihubungi MalaysiaGazette memberitahu, masalah itu telah pun dibincangkan bersama Pegawai Daerah Kota Tinggi dan Pegawai Perhilitan baru-baru ini.

“Setakat ini memang belum ada sebarang bantuan tetapi saya sendiri telah berbincang dengan agensi terbabit. Semua keputusan atau apa-apq bantuqn akan kami putuskan dalam mesyuarat berikutnya.Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata, seramai 651 peneroka kedua-dua tanah  rancangan terlibat didapati terkesan dengan serangan gajah liar.

Mereka mendakwa kira-kira 30 gajah liar seringkali berada di sekitar kawasan berhampiran penempatan peneroka di kedua-dua buah Felda tersebut.-Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast