Sergio Aguero.

LONDON – Penyerang sensasi Manchester City, Sergio Aguero dilaporkan telah mencapai kata sepakat dengan Barcelona sebagai destinasi baharu pada musim depan.

Aguero dikaitkan dengan The Catalan sejak dua bulan yang lalu selepas presiden kelab itu, ​​Joan Laporta memberikan bayangan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Argentina itu.

Wartawan Fabrizio Romano melaporkan, Aguero dijangka menyertai Barcelona dengan kontrak dua tahun sehingga 2023 dan bersetuju menerima pengurangan gaji.

Ketika ini, fokus Aguero adalah tugasan final Liga Juara Juara Eropah pada 29 Mei ini dan dia akan diraikan pada majlis perpisahan khas daripada City pada aksi terakhir liga.

Aguero merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman City dengan 258 gol.

Dalam pada itu, Memphis Depay dan bintang Liverpool, Gini Wijnaldum akan menyertai Barcelona. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast