Monday, May 12, 2025
Home Sukan Giliran Persedar keluar PSM

Giliran Persedar keluar PSM

Persatuan Sepaktakraw Perak Darul Ridzuan.
KUALA LUMPUR – Persatuan Sepaktakraw Perak Darul Ridzuan (Persedar) menjadi anggota terbaharu yang menarik diri sebagai ahli gabungan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) selepas persatuan kebangsaan itu disingkirkan daripada Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, keputusan yang berkuat kuasa serta merta itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Persedar semalam bagi memastikan kelangsungan pembangunan sukan sepaktakraw negara.
“Penyingkiran ini secara tidak langsung akan menjejaskan sukan sepaktakraw negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, empat persatuan iaitu Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor (PSTJ), Persatuan Sepaktakraw Selangor (PSS) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah (Pestak) mengumumkan menarik diri daripada PSM selepas ASTAF menggantung sementara PSM daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan berkenaan berkuat kuasa 28 April lalu.
Abdul Puhat berkata, Persedar melahirkan penghargaan kepada PSM serta kepimpinannya atas usaha dan bakti yang telah ditaburkan kepada sukan sepaktakraw negara sejak penubuhannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast