KUALA LUMPUR – Lima lelaki berumur antara 17 hingga 27 tahun yang sedang melakukan aksi ‘superman’ di Lebuhraya AKLEH ditahan dan ditangkap.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 42 APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
“Hasil dari pemantauan Unit Risikan Operasi JSPT KL yang diketuai oleh ASP Ahmad Fuad Mahmod telah berjaya menahan dan menangkap lima lelaki tersebut,” katanya.
Katanya, operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan mengalu- alukan maklumat dari orang awam bagi membanteras sepenuhnya gejala
Samseng Jalanan ini. – MalaysiaGazette