Joe Exotic dan Carole Baskin. foto Agensi

WYNNEWOOD, OKLAHOMA – Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah merampas 68 ekor singa, harimau dan harimau singa hibrid serta seekor jaguar dari taman haiwan Oklahoma yang dipaparkan dalam siri Netflix Tiger King tahun lalu, kata Jabatan Kehakiman.

Dalam afidavit lebih daripada 50 halaman, pendakwa raya mengatakan mereka percaya jaguar, tujuh singa, 46 harimau dan 15 hibrid singa milik Jeffrey Lowe dan isterinya, Lauren Lowe, telah dijual, dibeli atau diangkut, sekali gus melanggar Akta Spesies Terancam (ESA).

Undang-undang melindungi haiwan dan menyebabkan haiwan-haiwan itu disita.

“Ada kemungkinan untuk mempercayai bahawa 68 singa dan jaguar terus dicederakan dan diganggu, sekali gus melanggar ESA,” menurut afidavit itu.

Tindakan situ itu telah menghantar mesej yang jelas bahawa Jabatan Kehakiman mengambil berat tentang bahaya membela haiwan yang dilindungi di bawah Akta Spesies Terancam dengan serius,” kata Pemangku Penolong Peguam Negara, Jean Williams dari Bahagian Alam Sekitar dan Sumber Asli Jabatan Kehakiman.

Kes itu disiasat oleh Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Jabatan Dalam Negeri, menurut pernyataan Jabatan Kehakiman.

Pasangan itu dituduh pada bulan November kerana melanggar ESA dan Akta Kebajikan Haiwan dalam aduan sivil setebal 110 halaman.

Jabatan Kehakiman menuduh mereka mempamerkan haiwan itu tanpa lesen dan membahayakan kesihatan mereka, lapor The New York Times.

Tiger King, siri jenayah sebenar dunia di sebuah zoo persendirian dan pemiliknya yang pelik, menjadi fenomena di seluruh dunia ketika ditayangkan pada bulan Mac tahun lalu.

Siri itu menayangkan kisah penjaga zoo Oklahoma, Joe Exotic, bersaing dengan aktivis penyelamat harimau di Florida, Carole Baskin dan dipenjarakan kerana mengupah pembunuh untuk cuba membunuh wanita tersebut.

Lowe, yang menjadi pemilik zoo liar di pusat siri ini, memaklumkan pada Ogos lalu telah menutup zoo secara kekal, dengan alasan mendapat tekanan daripada aktivis hak asasi haiwan dan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast