Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – Malaysia tunduk 4-1 di tangan Kuwait pada aksi di Stadium 7he Sevens itu malam tadi selepas terikat 1-1 pada separuh waktu pertama.

Penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula berjaya membuka akaun gol pada penampilan pertama bersama skuad kebangsaan namun jaringan sulung pemain kelahiran Brazil itu tidak cukup untuk membantu Harimau Malaya.

Pada aksi terbabit, Kuwait mendahului selepas 20 minit perlawanan berlangsung apabila percubaan Ahmad Aldhefeery dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Farizal Marlias.

Malaysia berjaya mengikat kedudukan selepas de Paula menyudahkan hantaran La Vere Corbin Ong pada minit ke-28 sekali gus menjadikan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Kuwait mendahului sekali lagi pada minit ke-55 apabila tandukan Fahad Alhajeri hasil hantaran Eid Alrashidi gagal diselamatkan penjaga gol gantian, Khairulazhan Khalid.

Malaysia terus ketinggalan selepas Kuwait meledak gol ketiga menerusi penyudah Shabaib Alkhaldi pada minit ke-61 sebelum sepakan percuma Fahad Al-Alabraim sekali lagi menggegar gawang negara untuk gol keempat pada minit ke-68.

Selepas ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Bahrain pada 29 Mei ini sebelum mengharungi baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand. – MalaysiaGazette