Pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (kanan) cuba melepaskan tandukan namun dihalang pemain Perak FC, Muhammad Shakir Hamzah (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Perak FC kembali dilanda kontroversi apabila salah seorang pemain importnya, Shakir Hamzah dikhabarkan telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak, sekali gus meninggalkan pasukan.

Shakir dilaporkan mungkin akan kembali ke saingan Liga Singapura dengan menyertai dua kelab iaitu Tanjong Pagar atau Lion City Sailors.
Beberapa pemain utama seperti Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj dan J.Partiban kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan pasukan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City.

Salah satu destinasi Shakir iaitu Lion City Sailors merupakan pasukan yang dibarisi oleh pemain bintang skuad kebangsaan Singapura seperti Shahdan Sulaiman, Hassan Sunny dan Gabriel Quak.

Baru-baru ini, mereka menandatangani bekas ketua pasukan JDT, Hariss Harun dimana pemain tengah itu menyertai pasukan dengan kontrak tiga setengah tahun.

Selain Shakir Hamzah, beberapa pemain lain dijangka turut meninggalkan pasukan seperti Nazirul Naim dan Firdaus Saiyadi yang dikhabarkan menarik minat pasukan Liga Super. – MalaysiaGazette