Hansi Flick.

KUALA LUMPUR – Individu yang bertanggungjawab membawa Bayern Munich menjulang tujuh piala dalam tempoh dua musim, Hansi Flick disahkan secara rasmi bakal bergelar pengurus skuad kebangsaan Jerman sebaik sahaja berakhir kempen Euro 2020.

Perkembangan terbaharu itu bakal menamatkan ‘jodoh’ selama 15 tahun Jerman bersama pengendali ketika ini, Joachim Low yang membimbing pasukan tersebut sejak Julai 2006.

Tahun 2014 juga menyaksikan Jerman muncul juara Piala Dunia di Brazil.

Mengulas mengenai pelantikan Flick, Pengarah Pasukan Kebangsaan dan Akademi Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Oliver Bierhoff mengakui pengurus berusia 56 tahun itu mempunyai kualiti yang cukup baik bagi membimbing skuad Die Mannschaft itu.

Meskipun turut cemerlang bersama Bayern Munich ketika bergelar pemain, Flick tidak pernah merasai nikmat menyarung jersi Jerman di peringkat senior.

Kontrak Flick yang dimeterai bersama Jerman sehingga 2024 itu akan bermula pada 1 Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast