Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2021.

KUALA LUMPUR Biro Guaman dan Undang-undang AMK Malaysia dengan kerjasama sekumpulan peguam bertauliah menawarkan khidmat nasihat guaman kepada semua mangsa kemalangan tren LRT sekiranya mereka mahu memahami hak individu masing-masing secara lebih lanjut di bawah undang-undang yang sedia ada.

Pengerusinya, Gavin Way berkata, pihaknya mengikuti rapat perkembangan insiden kemalangan yang melibatkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC itu.

Sambil merakamkan merakamkan penghargaan kepada semua warga perubatan di Hospital Kuala Lumpur atas rawatan rapi yang diberi kepada semua penumpang selepas kemalangan.

Pihaknya juga menuntut agar laporan yang teliti mengenai kemalangan ini dapat diumumkan secepat mungkin oleh pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk meyakinkan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam Malaysia.

Dalam kemalangan itu, seramai 47 penumpang mengalami cedera parah manakala 166 penumpang mengalami cedera ringan.

Tiga daripada penumpang ini mengalami pendarahan otak dan kinidirawat di Unit Rawatan Rapi HKL. – MalaysiaGazette