Saturday, November 16, 2024
Home Nasional Pesawat pengintip prototaip Israel buat apa di Putrajaya?

Pesawat pengintip prototaip Israel buat apa di Putrajaya?

Pesawat Boeing 737-400 milik syarikat IAI-Elta yang disahkan melintasi ruang udara Malaysia pada 17 Mei lalu.
KUALA LUMPUR – Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.
“Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.
“Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.
Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.
Ujian penerbangan selama empat jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast