ACP Baharudin Mat Taib

KUALA LUMPUR – Polis tidak mengeluarkan sebarang kompaun terhadap pemandu motokar yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana melanggar waktu untuk keluar rumah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, beliau merujuk satu rakaman yang tular berhubung sekatan jalan raya (SJR) oleh anggota polis trafik yang tersebar sejak pagi tadi.

Menurutnya, SJR itu dibuat menerusi Mobile Op Pelbagai Kesalahan Lalulintas PKP Covid-19 di Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31 Shah Alam.

“Selepas selesai SJR didapati satu viral link di group FB penduduk jalan kebun video berdurasi beberapa saat melibatkan perbualan antara Anggota BSPT IPD Shah Alam dengan sebuah motokar nombor pendaftaran tidak pasti.

“Dalam perbualan itu anggota tersebut bertanyakan berkaitan surat pergerakan dan tujuan pemandu motokar itu,” katanya menerusi kenyataan bagi menjelaskan situasi yang berlaku.

Baharudin menjelaskan, anggota tersebut telah menerangkan kepada pemandu motokar berkenaan berkenaan SOP pergerakan PKP namun, tidak mengeluarkan sebarang kompaun kesalahan.

Bagaimanapun katanya, dalam operasi itu sebanyak 78 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan satu saman kompaun PKP dibawah Peraturan 17 (3) (No 5) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Ketika Pelaksanaan PKP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast