Tengku Nor Asmaliza Ku Lah

KUANTAN – Semua sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menyalurkan agihan sumbangan di daerah ini melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Tengku Nor Asmaliza Ku Lah berkata, mana-mana NGO atau sukarelawan yang mahu mengagihkan sumbangan perlu membuat permohonan pergerakan dalam talian dengan mengemukakan dokumen lengkap.

Melalui penyelarasan tersebut, semua agihan sumbangan dapat ditentukan dan agihkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBN) sebelum diberikan kepada penerima.

“Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh PKP bagi memastikan pergerakan agihan sumbangan dapat dikawal.

“Permit kebenaran pergerakan kenderaan akan dikeluarkan dalam tempoh dua hari selepas permohonan dilakukan oleh wakil NGO.

“NGO perlu mematuhi tatacara dan SOP yang telah ditetapkan semasa agihan bantuan dilakukan dan memastikan bilangan petugas sukarelawan NGO dalam satu kenderaan hanya seorang sahaja.

“Petugas perlu menjaga jarak pergerakan sosial dan tidak mengambil sebarang gambar di kawasan lokasi agihan bantuan dan meletakkan barang bantuan di hadapan rumah sahaja.

“Pengagihan sumbangan juga terhad di lokasi yang diluluskan oleh PKOB Daerah sahaja”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast