Tindakan lelaki yang disyaki sebagai Transporter gagal menyeludup PATI berjaya ditahan

Cubaan “Transporter” seludup PATI gagal

Tindakan lelaki yang disyaki sebagai Transporter gagal menyeludup PATI berjaya ditahan

By:Ernalisa Othman

PONTIAN –Tindakan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter untuk menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) gagal apabila kegiatannya dihidu oleh pihak berkuasa.

Pengawai Pemerintah, Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Awang Dimin berkata, kejadian pada pukul 9 pagi semalam melibatkan lelaki berusia 52 tahun ditahan di Jalan Kampung Sinaran Harapan, Pekan Nanas, di sini.

“Ketika tangkapan dilakukan, turut berada di lokasi kejadian adalah dua orang lelaki warganegara Indonesia.

“Hasil siasatan lanjut, kedua-dua lelaki tersebut mengakui telah memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ujar Awang Dimim, dua individu berusia 30 dan 47 tahun turut ditahan di dalam sebuah kereta Proton Wira yang digunakan suspek.

“Selain tangkapan, sebuah kereta Proton Wira yang digunakan bagi menghantar kedua-dua PATI berharga RM9,500 disita selain mata wang Rupiah Indonesia sebanyak RP3 juta (RM867.61) turut dirampas.

“Kesemua barangan rampasan dan tangkapan suspek telah dihantar ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26(a) Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM9,500.00 dan mata wang Indonesia berjumlah RP3,000,000.00.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Pontian untuk tindakan lanjut, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast