Peniaga perlu ada Lesen Kebenaran Pengoperasian Perkhidmatan Perlu sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan di Kuantan.

KUANTAN – Peniaga di sekitar Kuantan akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun terus ‘berjuang’ dan keadaan berhati-hati  bagi mencari rezeki.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati semua pasar raya masih beroperasi seperti biasa.

Premis yang beroperasi seperti kedai menjual barang makanan kering dan basah, kedai cermin mata, dan alatan telekomunikasi.

Kedai menawarkan perkhidmatan telekomunikasi dibenarkan beroperasiCuma situasi jauh berbeza daripada hiruk-pikuk pengunjung.

Daripada tinjauan MalaysiaGazette mendapati tidak ramai pengunjung yang mengunjungi pasar-pasar raya.

Keadaan itu menyebabkan pasar raya lengang dan sunyi.

Manakala tinjauan operasi restoran makanan segera dan kedai makan pula mendapati pekedai masih beroperasi tetapi secara pandu lalu.

Di bawah pelaksanaan PKPD tidak dibenarkan orang ramai makan di dalam kedai.

Manakala di luar perkaranga sbeuah hotel pula kelihatan juga pekerja hotel memakai apron mempromosi jualan makanan di tepi jalan.

Walaupun pasar raya dibenar beroperasi tetapi jumlah pengunjung amat sedikit.

Pekerja-pekerja melambai-lambai tag promosi dengan harga istimewa dan kaedah pandu lalu kepada pengunjung sebagai usaha meningkatkan jualan pada musim pandemik ini.

PKPD berkuatkuasa di Kuantan sejak 24 Mei lalu dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) meletakkan syarat hanya peniaga perkhidmatan penting sahaja dibenarkan berniaga.

MBK telah menerima lebih 7,000 permohonan pendaftaran perkhidmatan penting bagi memperoleh lesen untuk berniaga di premis sekitar Kuantan mulai jan 8 pagi sehingga 8 malam.

Permohonan harus mendapat kebenaran Surat Pengesahan Pendaftraran Syarikat di dalam Sistem Kementerian Perdagangan Antabangsa dan Indusri (MITI) terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan MBK, Norkamawati Kamal ketika dihubungi berkata, sehingga kini lebih 3,500 permohonan telah diluluskan bagi perkhidmatan perlu berserta lampiran lengkap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast