Menteri Besar Pahang menyampai sumbangan Bantuan Prihati Pahang secara pandu lalu di TSK

KUANTAN – Seramai 366 pemandu teksi yang berdaftar hari ini menerima bantuan tunai oleh kerajaan negeri Pahang secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan.

Bantuan Prihatin Pahang berupa wang tunai itu disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pemandu teksi di daerah Kuantan

Wan Rosdy juga mengambil peluang beramah mesra dengan penerima bantuan bersasar dan bantuan tersebut diharapkan membantu golongan pemandu yang benar-benar terjejas.

Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM7.8 juta perlaksanaan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada rakyat Pahang terkesan semasa penularan wabak pandemik Covid-19  di negeri ini.

Pemandu teksi menulis borang permohonan bantuan secara manual untuk rekod

BPP diagihkan kepada rakyat negeri Pahang yang terkesan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Selain pemandu teksi, golongan yang akan menerima manfaatkan daripada bantuan itu ialah petugas barisan hadapan, penjaja harian, golongan gelandangan, orang kurang upaya dan mereka yang menjalankan kuarantin di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang peruntuk RM7.8 juta Bantuan Prihatin Covid-19

Zamri Yahya , KP Pahang barisi pertukaran jawatan PDRM

Anggota Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membuat kawalan lalu lintas supaya memelihara prosedur operasi standard (SOP)

Semalam kerajaan persekutuan mengumumkan pemberian bantuan khas secara sekali bayaran kepada pemandu teksi sebanyak RM500 yang akan disalurkan pada Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast