roadblock sexually harassed harass sexual harassment Bukit Aman Integrity and Standard Compliance Department (JIPS) Director, Datuk Zamri Yahya. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 14 DECEMBER 2020 policemen police sexual harassment women roadblock MCO
Datuk Zamri Yahya. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 14 DECEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengumumkan pertukaran membabitkan 61 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara lain menyaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya bertukar ke Cawangan Khas.

Jawatan beliau digantikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Datuk Azri Ahmad.

Pertukaran itu diumumkan Bukit Aman dalam kenyataan malam ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang bertukar ke Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din naik ke kedudukan sebagai Pengarah di jabatan yang sama.

Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass bertukar sebagai Pengarah jabatan yang sama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengisi kekosongan Datuk Huzir Mohamed yang bersara wajib pada awal Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Azisman Alias kini memangku pangkat Komisioner Polis di jabatan yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia, Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dilantik sebagai Ketua Polis Pahang memangku pangkat Komisioner Polis menggantikan Datuk Seri Abd Jalil yang berpindah sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman.

Kekosongan Ramli akan diisi oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Datuk Othman Nanyan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan)JSJ Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat pula menjawat Ketua Polis Kedah memangku pangkat Komisioner Polis.

Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman SAC Mohd Kamal Kordi dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ Komersial Bukit Aman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL, Zulkefly Yahya pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah D8, JSJ Bukit Aman memangku pangkat SAC.

Manakala jawatan Ketua Polis Daerah Serdang yang kini dipangku oleh Superintendan Mohd Rosdi Daud akan diambil alih oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, Superintendan Anbalagan Arumugam dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.- MalaysiaGazette