Senator Datuk Razali Idris.

KUALA LUMPUR – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyeru semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 billion memastikan bantuan yang disalurkan itu disegerakan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, sistem penyampaian dalam bentuk bantuan, agihan dan saluran kepada kumpulan bersasar dalam PEMERKASA Plus hendaklah komprehensif, sempurna dan efektif supaya pelaksanaan itu terkesan bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mendapat maklum antara perkara yang sering dibangkitkan rakyat ialah kurangnya efesien dan birokrasi dalam melaksanakan segala bantuan ke peringkat rakyat jelata yang selalu diumumkan oleh Kerajaan Pusat.

“Kepantasan menyalurkan bantuan kepada akar umbi sangat dituntut pada masa ini selari dengan matlamat utama Kerajaan Pusat iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rzalai, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berterima kasih kepada sikap keprihatinan Kerajaan Pusat dan rakyat juga berterima kasih di atas segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Pusat.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast