Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

KUALA LUMPUR – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 hari ini di sebalik wajah baginda yang kekal awet muda.

Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat lahir dizahirkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian netizen.

“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan…

“…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.

Hantaran itu meraih lebih 10,000 tanda suka.

Rata-rata netizen seolah-olah tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun, sebaliknya dipuji awet muda seperti umur 30-an.

Tidak dinafikan, kejelitaan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Selangor sejak menjadi penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sehingga menjadi suri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilihat disenangi rakyat dan amat prihatin dengan isu semasa termasuk seorang pencinta haiwan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast