Jumlah korban akibat positif Covid-19 hari ini sebanyak 60 kes - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah korban akibat positif Covid-19 hari ini menurun kepada 82 kes berbanding semalam mencatatkan  87 kematian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 23 kes.

Selain Selangor,  sebanyak 17 kes di Johor, Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (8); Kedah (5) dan masing-masing empat kes di Sarawak, Perak, dan Kelantan.

Sementara itu Labuan mencatakan dua kes serta masing-masing satu kes di Sabah, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang.

Daripada jumlah itu, korban tertua dicatatkan di Kelantan melibatkan seorang warga emas berusia 96 tahun, katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Wanita itu meninggal di Hospital Raja Zainab II Kota Bharu dengan penyakit darah tinggi,” ujarnya.

Sementara itu korban termuda pula direkodkan di Kuala Lumpur membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang meninggal di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz dengan latar belakang asma dan obesiti.

Daripada 82 korban itu, dua daripadanya adalah bukan warganegara.

Dalam pada itu, jumlah kluster Covid-19 juga menurun dan mencatatkan sebanyak 23 kluster berbanding 30 semalam.

Sebanyak 16 daripada kluster dikesan hari ini melibatkan tempat kerja, enam kluster komuniti serta satu kluster berisiko tinggi.

Dr. Noor Hisham berkata sebanyak 1,635 kluster telah ditamatkan dengan hanya 726 sahaja yang aktif setakat ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes positif Covid-19 semakin turun, 5,271 direkodkan hari ini