Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar (tiga dari kiri) semasa SJR di Bentong baru-baru ini.- Gambar FB.

KUANTAN – Lima lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan dua penutupan jalan telah dikenal pasti di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Bentong berkuatkuasa semalam hingga sehingga 19 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pihaknya mengadakan SJR dan penutupan jalan di beberapa lokasi yang ditetapkan.

“Ianya diputuskan setelah membuat penilaian berisiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal pkp dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pelaksanaan PKPD Bentong ini untuk memastikan jangkitan di kedua-dua lokaliti ini dapat dibendung secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zaiham, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman Facebook Ibupejabat Polis Bentong.

Lokasi SJR 1 dan 2 sepanjang PKPD Bentong

Menurutnya, lokasi SJR Tol Bentong Menghala Kuantan melibatkan Penutupan Jalan Dan Laluan Alternatif  laluan Kuala Lumpur – Raub – Gua Musang Melalui Kampung Chinta Manis,  Mempaga ,Simpang Lebu

ARTIKEL BERKAITAN :

Jangan suka-suka guna lorong kecemasan SJR – Polis

18 kena kompaun di Bentong

“Selain itu, SJR di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Jalan Kampung Simpang Durian, Manchis, Jalan Susur Masuk Bentong Timur.

Lokasi SJR 3 dan 4 sepanjang PKPD Bentong berkuatkuasa

“Manakala SJR kelima ialah Simpang Lebu Jalan Raub Bentong melibatkan penutupan Jalan dan laluan alternatif jalan Gua Musang – Raub – Kuala Lumpur Melalui Simpang Lebu ke Chinta Manis ke Kuala Lumpur,” katanya.

lokasi SJR kelima sepanjang PKPD berkuatkuasa

Dalam pada itu, penutupan Jalan pula dilakukan di susur Barat Bentong Dan Batu 4, Jalan Kuala Lumpur Lama Bentong dan di Benus Jaya.

Justeru pihaknya menasihati orang ramai memberi kerjasama sepenuhnya dan berharap agar semua bersabar dalam situasi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast