KUANTAN – Sebanyak 26% warga emas daripada lebih 65,000 populasi keseluruhan warga emas telah menerima vaksin Covid-19 di 12 Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) daerah Kuantan.
Perubatan Perubatan Kesihatan Keluarga Klinik Kesihatan Daerah Kuantan, Dr Rasyedah Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut seramai 246 warga emas dari 14 instutusi warga emas menerima suntikan dos kedua.
Tambahnya lagi hari ini seramai 30 orang warga emas di Kompleks Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diselesaikan dos ke dua.
“Warga emas di institusi rumah orang tua termasuk Kompleks Asnaf MUIP selamat divaksinkan dos pertama pada 5 Mei lalu.
“Hari ini 30 warga emas di sini terdiri 11 lelaki dan 18 wanita berusia daripada 47 hinga 87 tahun layak menerima vaksin.
“Dos pertama bermula pada awal bulan lalu, iaitu pada 5 Mei manakala 10 daripada mereka perlu mendapatkan vaksin yang memerlukan konsultasi di Pusat Penerimaan Vaksin yang disediakan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, kerajaan mensasarkan 3.5 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Sehingga 31 Mei 2021, seramai 2.1 juta atau 60 peratus warga emas telah membuat pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.- MalaysiaGazette