5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Lewat memasukkan data kes negatif di dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) merupakan punca berlakunya penurunan jumlah sampel ujian Covid-19.

Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan, sebanyak 82,635 sampel ujian menggunakan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan RTK Antigen direkodkan semalam dan 72,695 kelmarin iaitu paling rendah dalam tempoh 14 hari.

Bagaimanapun beliau berkata, jumlah sampel ujian Covid-19 yang dilaksanakan di negara ini masih memadai dengan tanda aras ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Isu yang kerap dihadapi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) adalah makmal bukan KKM lewat untuk memasukkan data kes negatif ke SIMKA setiap hari, terutama pada hari cuti.

“Kes positif cepat dimaklumkan. Namun begitu, kes harian yang dijalankan memadai dengan tanda aras WHO,” ciap beliau di Twitter.

Noor Hisham berkata, kes negatif di Malaysia mungkin lebih daripada apa yang dilaporkan namun, bagi tanda aras ujian Covid-19, pihak WHO menetapkan ujian yang memadai adalah bagi setiap kes positif sekurang-kurangnya 10 kes negatif dan sebaik-baiknya 30 kes negatif.

Melalui data SIMKA, jumlah sampel ujian Covid-19 paling tinggi direkodkan adalah pada 28 Mei lalu iaitu sebanyak 125,341. – MalaysiaGazette