Bekas Pengurus Wolves bakal diumumkan sebagai Pengurus baharu Crystal Palace dalam jangka masa sehari dua lagi.

LONDON – Crystal Palace yakin Nuno Espirito Santo membimbing kelab itu walaupun Everton turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Namun kelab bersedia beralih kepada Jurulatih Swansea Steve Cooper dan Burnley, Sean Dyche sekiranya rancangan asal itu tidak menjadi kenyataan.

Nuno yang meninggalkan Wolverhampton Wanderers akhir musim lalu dikatakan tertarik dengan projek pembangunan Palace pada sesi perbincangan dengan pengurusan kelab itu untuk menggantikan Roy Hodgson.

Sementara bekas pengurus Benfica, Bruno Lage dijangka dilantik sebagai pengganti Nuno untuk mengemudi Wolves.

Sumber di London berkata, rundingan antara Palace dan Nuno selesai 90 peratus dan pengumuman rasmi dijangkakan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast