Menara KLCC mercu Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur berada dalam ranking ke-31 kalangan 75 negara bagi kategori percukaian perniagaan terbaik

Dubai dan Budapest, masing-masing pada kedudukan pertama dan kedua dalam cukai perniagaan.

Bagi kategori bandar-bandar keusahawanan yang berjaya, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-57.

Ranking tertinggi untuk kategori ini ialah London, diikuti New York, San Francisco dan Sydney.

Dapatan ini hasil kajian yang dilakukan oleh Oberlo.com – perkakasan e-dagang yang membantu usahawan menubuhkan perniagaan dalam talian.

Kajian itu melibatkan siasatan dalam infrastruktur asas dan purata tempoh yang diambil untuk menubuhkan syarikat liabiliti terhad.

Ia turut melihat sistem sokongan tempatan yang tersedia untuk pengasas wanita di setiap lokasi, sebagai contoh kepelbagaian dan penyertaan kerana ini adalah petunjuk kesamaan yang relevan dan penting dalam landskap keusahawanan.

Kajian terbabit turut melihat tahap bantuan ekonomi khusus Covid-19 yang tersedia untuk perniagaan di setiap perniagaan bandar yang dikaji, juga mengkaji pembiayaan dan penekanan lain seperti faedah pengangguran, perniagaan kecil pinjaman, cukai perniagaan tempatan dan modal teroka.

Bagi kategori kebebasan ekonomi, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-60 dan kedudukan ke-66 dalam hari untuk mewujudkan syarikat liabiliti terhad (LLC).

Dalam aspek ekosistem teknologi pula, Kuala Lumpur berada pada ranking 48.

Kuala Lumpur ditempatkan pada kedudukan ke-35 bagi modal teknologi manusia.

Lima bandar teratas bagi kategori ini ialah Beijing (China), Melbourne, London, Seoul dan Shanghai (China).

Bagi ketegori ekosistem logistik pula, Kuala Lumpur diletakkan pada ranking 54 dan ranking ke-55 dalam modal teroka.

Dalam ulasannya, Oberlo.com berkata, reputasi London yang berjaya membangun syarikat baharu secara global tidak mengejutkan.

London menduduki tempat pertama dalam kajian, terutamanya dalam bidang teknologi /digital.

Bandar ini mempunyai banyak kapitalis teroka,
inkubator, pemecut, peluang rangkaian dan acara keusahawanan atas talian.

Walaupun Brexit dan pandemik, London tetap berada pada kedudukan teratas bagi pengusaha untuk mencari perniagaan terkenal di dunia. – MalaysiaGazette