Surat satu muka surat itu tular petang ini mendakwa Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu telah dilucutkan keahlian UMNO serta merta.
Surat satu muka surat itu tular petang ini mendakwa Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu telah dilucutkan keahlian UMNO serta merta.

KUALA LUMPUR – Kenyataan bahawa bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat oleh partinya adalah palsu.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Hafzi Ariffin surat yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini adalah fitnah semata-mata.

Fake (Palsu). Setiausaha Kerja UMNO sudah buat penafian bahawa ini adalah palsu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Surat yang tular pada petang ini mendakwa Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong telah dilucutkan keahlian UMNO serta merta.

Dalam surat itu, Hishammuddin didakwa telah melanggar fasal 20.8 (a), (b), dan (g) dalam Perlembagaan UMNO.

Surat dengan ‘tanda tangan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertarikh hari ini itu ditujukan kepada pejabat Menteri Luar.

Dalam pada itu, Datuk Mohd Sumali Reduan dalam laporan UMNO Online menafikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO diadakan hari ini. – MalaysiaGazette