KUALA LUMPUR – ”Apakah tujuan seorang atau sesuatu kumpulan mencipta berita atau cerita atau surat palsu atau fake news?.
“Melaga-lagakan, inginkan perhatian, inginkan simpati, tak ada kerja lain, stress masa PKP, saja-saja, suka-suka, tak takut dosa, gila-gila agaknya atau sebab-sebab yang lain,” kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
Persoalan itu dilontarkan susulan tular UMNO melucutkan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta-merta semalam.
Surat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu mendakwa Hishammuddin melanggar fasal 20.8 (a), (b), dan (g) dalam Perlembagaan UMNO
Setiausaha Agung UMNO itu menegaskan, UMNO tidak mengadakan Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO pun semalam.
“Tiada sebarang kenyataan mengenai apa-apa juga isu selain kenyataan Presiden UMNO selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Ini lah kerja orang sengau..
Ntahlh pe nk jdi skrng ni byk sngt mcm2…yg slh dikta bnr… yg bnr di slh erti kn…