Anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak yang mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.

BEKOK –  Sejak wabak Covid-19 melanda negara ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu yang telah dilaksanakan pada tahun lalu dan bersambung tahun ini selain pengumuman penutupan sekolah, sebahagian Orang Asli dari Kampung Asli Kemidak tetap akur dengan keputusan dibuat dan mengambil kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) walaupun menjadi kebiasaannya dibuat di rumah, malah kali ini berbeza lokasinya.

Masyarakat orang asli daripada suku kaum Jakun melakukan rutin PdPR seawal pagi ia termasuklah perjalanan motosikal sejauh 15km di jalan yang sunyi, dikelilingi hutan kelapa sawit yang tebal.

Setiap hari, anak-anak Orang Asli dari suku Jakun meninggalkan kediaman ditemani ibu bapa mereka di Kampung Orang Asli Kemidak, Bekok, Johor dan menuju ke sebuah pondok kayu sementara, yang dibuat di kawasan pembukaan ladang kelapa sawit.
Sekumpulan ibu bapa membina pondok di sana kerana ia adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak mereka mendapat isyarat internet yang jelas.

Pondok yang dibina menggunakan kayu di sekeliling hutan atas kerjasama ibu bapa masyarakat setempat dan ditambah baik dengan atap menggunakan kanvas bagi mengelakkan daripada hujan dan panas. Cuaca tidak menentu, digigit nyamuk dan selalu ada kemungkinan haiwan liar yang boleh mengganggu pelajaran dan mengundang bahaya.

Anak-anak yang terdiri daripada 20 murid SK Kampung Kudung dan SJKC Bekok yang ditemani oleh ibu bapa mereka hadir di mengikuti pembelajaran maya. Isyarat internet yang jelas di pondok itu membolehkan pelajar mengakses aplikasi berat seperti Google Meet tetapi belajar di hutan tetap merupakan satu keadaan yang tidak selesa.

Cuaca tidak menentu, digigit nyamuk dan selalu ada kemungkinan haiwan liar yang boleh mengganggu pelajaran dan mengundang bahaya.

Untuk mendapatkan isyarat internet yang jelas, penduduk Kampung Orang Asli Kemidak perlu menempuh perjalanan sejauh 15km melalui jalan sunyi ini yang dikelilingi hutan kelapa sawit ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Abraham Aurelia menyusun buku untuk dibawa ke pondok bagi mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Untuk sampai ke pondok, kanak-kanak mesti berjalan dari jalan utama dan melakukan perjalanan singkat melalui hutan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Gelagat Abraham Aurelia semasa mengikuti kelas mengikuti kelas dalam talian di atas pondok kayu sementara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Ayat-ayat yang tertera pada meja kayu yang ditulis oleh Anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak semasa mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Yee bersama Diana Risa semasa mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Isyarat internet yang jelas untuk pelajar menggunakan aplikasi berat seperti Google Meet dalam untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Pondok di tengah ladang kelapa sawit adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Beg digantung pada dahan pokok milik seorang anak Kampung Orang Asli Kemidak semasa mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Yati Usib menemani anaknya, Haffizzel Fazri semasa mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Pondok di tengah ladang kelapa sawit adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Pembelajaran akan berlarutan hingga lewat petang atau malam, justeru ibu bapa menyediakan makanan di pondok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Murni Muda membantu anaknya Eqzarra Fariesya semasa mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Kawasan lapang yang dialaskan tikar di tengah ladang kelapa sawit adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak berehat sambil minum dan bermain telefon di pondok mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Ubat nyamuk yang dipasang bagi menghalau nyamuk susulan anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Suhu dan cecair pembasmi kuman digunakan anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak di pondok bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Pondok di tengah ladang kelapa sawit adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Menuju ke pondok dengan menaiki motosikal untuk menghadiri kelas dalam talian hingga malam semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Ibu, Zurina Jita dan Murni Muda menghidupkan lilin semasa menemani anak-anak mereka ketika mereka mengikuti kelas dalam talian di pondok semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Pelajar UiTM Segamat, Zarina Ramli semasa menghadiri kelas dalam talian hingga malam di pondok semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Hari sudah gelap, tetapi ibu bapa terus menemani anak-anak mereka ketika mereka mengikuti kelas dalam talian di pondok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Dua orang pelajar menghadiri kelas dalam talian hingga malam di pondok semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Afiza Eliana duduk dibuaian semasa menghadiri kelas Google Meet untuk mendapat isyarat internet yang jelas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Pondok di tengah ladang kelapa sawit adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Untuk sampai ke pondok, kanak-kanak mesti berjalan dari jalan utama dan melakukan perjalanan singkat melalui hutan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Eqzarra Fariesya semasa mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Buaian dipasang untuk keselesaan anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Mencari kayu untuk mengukuhkan pondok anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak bagi mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Kawasan lapang yang dialaskan tikar di tengah ladang kelapa sawit adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak Kampung Orang Asli Kemidak mendapat isyarat internet yang jelas untuk mengikuti kelas dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.
Untuk mendapatkan isyarat internet yang jelas, penduduk Kampung Orang Asli Kemidak perlu menempuh perjalanan sejauh 15km melalui jalan sunyi ini yang dikelilingi hutan kelapa sawit ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bekok, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast