royal pardon petition Agong Former Prime MInister Datuk Seri Najib Razak 1MDB forfeiture suit RM114 million Pavilion Residences Covid-19 vaccination vaccine wolverine mutant microchip
Former Prime MInister Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan beliau belum lagi bankrap susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tulis Najib dalam posting terbaharu Facebooknya, hakikatnya banyak lagi proses serta langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) seandainya mahu membankrapkannya.

Malah katanya, sekalipun PN berjaya membankrapkan dirinya tidak sesekali bermaksud beliau akan berhenti bersuara demi rakyat malah status bankrap itu boleh dipulihkan.

“Status bankrap juga tak maksud saya terus bertukar menjadi sembab, lembab atau bodoh seperti diakui seseorang tertentu di dalam bicara khas hari itu.

“Saya lihat kebanyakan media tempatan hari ini kurang mengulas point utama digunakan hakim mahkamah kenapa dia tak benarkan untuk saya tangguh usaha LHDN untuk bankrapkan saya.

“Hakim mengaku bahawa pengiraan penalti cukai oleh LHDN terhadap saya perlu disemak kesahihannya oleh kebankrapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP atau SCIT).

“Proses ini belum bermula dan kita masih tunggu sejak dua tahun lalu,” tulisnya.

Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Najib untuk menangguhkan penghakiman terus itu sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, Rabu ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan selaku defendan turut diperintah membayar kos RM15,000.

Selepas lapan bulan penghakiman terus dikeluarkan pada 22 Julai tahun lalu sehingga notis kebankrapan difailkan pada 4 Februari lalu, beliau belum membayar apa-apa tunggakan sebaliknya memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

Dalam keputusannya yang disampaikan melalui e-mel, Ahmad Bache memutuskan, Najib boleh mengadakan rundingan dengan LHDN (plaintif) untuk menjelaskan tunggakan cukai secara ansuran sementara menunggu satu lagi rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) dilupuskan.

Jelas Ahmad Bache lagi, mahkamah mengguna pakai penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam satu kes yang menggunakan istilah `bayar dahulu, bincang kemudian (pay first/talk later).

Tulis Najib lagi, hakim menyatakan peguam beliau tidak berjaya membuktikan LHDN tidak ada kemampuan untuk memulangkan semula refund kepadanya andai PKCP mengesahkan taksiran cukai penalti kepada beliau adalah salah serta tidak sah kelak.

“Hakim kata saya tak rugi apa-apa (no unquantifiable loss) sebab kerajaan mampu membayar balik bayaran RM1.7 bilion itu kepada saya sekiranya saya berjaya di peringkat PKCP.

“Inilah apa yang saya maksudkan bahawa ianya amat mudah bagi sesebuah kerajaan untuk menyalahgunakan akta cukai untuk kenakan seteru mereka dengan apa-apa taksiran cukai yang mereka mahu.

“Kalau kerajaan nak kenakan denda cukai sebanyak RM1 trilion ke atas Mahathir atau Guan Eng pun jalan terus dan sah di bawah undang-undang atas dasar “bayar dulu, bincang kemudian” ini.

“Soal pengiraan taksiran itu sahih atau tidak, kira nanti,” ujarnya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Cukai RM1.69 bilion: Najib gagal tangguh keputusan

1 Komen

  1. Bab cukai tu satu hal la…
    SESUNGGUHNYA SKANDAL 1MDB memang BENAR-BENAR BERLAKU.
    Dulu Najib dan UMNO menipu rakyat kononnya ianya tk berlaku pun.
    Hang tk mengaku hang bodoh, tapi hang mmg diperbodohkan Jho Low.

Comments are closed.