Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguam, Tan Sri Shafee Abdullah dilihat membincangkan sesuatu selepas hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menggantung pelaksanaan perintah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datuk Seri Tun Razak berhubung pembayaran cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menyampaikan keputusan menolak permohonan menggantung pelaksanaan oleh LHDN terhadap Najib melalui e-mail kepada pendakwaan dan peguam bela sebentar tadi.

Sebaliknya LHDN dibenarkan meneruskan notis kebankrapan terhadap Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Untuk makluman penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Pada 4 Feb lepas, kerajaan melalui LHDN telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib atas kegagalan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lepas.

Menurut notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan kadar faedah lima peratus setahun bermula 22 Julai 2020 (tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 yang berjumlah RM1,738,804,204.16.

Najib dalam permohonannya menyatakan notis kebankrapan yang difailkan terhadapnya adalah taktik konspirasi politik.

Mengikut dokumen permohonan membatalkan notis kebankrapan yang difailkan, Najib mendakwa notis kebankrapan bertarikh 4 Februari itu adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah serta digerakkan oleh niat jahat.

Jumaat lepas ketika berhujah hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache menerusi aplikasi Zoom, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya akan kehilangan segalanya jika notis kebankrapan dikenakan ke atasnya.

Muhammad Shafee juga berkata, mereka telah cuba berunding dengan LHDN berhubung pembayaran RM1.69 bilion namun rundingan itu telah dihentikan dan LHDN meneruskan tindakan dengan memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 selepas membenarkan permohonan LHDN . TEMPOH YANG LAMA DAN JUMLAH BERBILION//////./// PERSOALAN DIKENAKAN SELEPAS TERLUCUT JAWATAN PM….sebelum ini LHDN TUTUP MATA PEKAK TELINGA…TETAPI PANTAS SAJA KENAKAN TINDAKAN PENALTI KOREK PELBAGAI DOKUMEN2..JIKA TERKENA RAKYAT BAWAHAN DAN GAJI CIPUTT wpun jumlah kecil atau nilai sen TERTUNGGAK
    pernah dibangkitkan di lhdn kluang bila najib menerima rm 2.6 bilion tanpa apa2 TINDAKAN LHDN
    DOUBLE STANDARD DAN TIDAK AMANH

Comments are closed.