Seorang pak cik berkopiah menunjukkan kemahiran tinggi bermain pingpong bersama rakan-rakan lain yang masih ‘muda’ di pusat kuarantin Covid-19.

KUALA LUMPUR – Sebut nama pusat kuarantin Covid-19, pasti ramai yang membayangka keadaan dan suasana yang tidak selesa apabila diarahkan tinggal di dalamnya.

Apatah lagi, pesakit akan dikelilingi ramai individu yang tidak dikenali dari pelbagai latar belakang kehidupan, bangsa dan agama.

Bukan setakat itu sahaja ada juga yang mula berasa bosan dan merindui keluarga di rumah.

Namun begitu, sebaliknya pula berlaku kepada seorang lelaki yang agak berusia itu.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok oleh seorang gadis bernama Atiqah Fareha, bapanya kelihatan aktif ketika berada di pusat kuarantin berkenaan.

Ini kerana dalam video itu pak cik itu menunjukkan kemahiran bermain ping pong bersama rakan-rakan lain yang masih ‘muda’ di pusat kuarantin tersebut.

Apa yang mencuri perhatian ramai ialah pakaian pak cik itu yang mengenakan kopiah serta kain pelikat sambil memukul bola ping pong dengan penuh bertenaga.

Perkongsian itu telah mencuri perhatian netizen yang mana rata-rata mereka meluahkan rasa kagum ketika menyaksikan gelagat pakcik terbabit.

Malah, ada juga yang menyangka pak cik itu pernah menjadi jaguh ping pong kampung suatu ketika dahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast