KUALA LUMPUR – Pembatalan sidang media Tengku Razaleigh Hamzah yang dijadualkan petang ini disifatkan luar biasa apabila ia ‘membabitkan’ Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
Sidang media itu dibatalkan apabila Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li perlu mendapatkan permit polis untuk mengadakan sidang media.
Dr Noor Hisham dalam satu laporan sebuah portal dilaporkan berkata, di bawah prosedur operasi standard (SOP) PKP penuh tiada sebarang perhimpunan dibenarkan sekalipun jumlah kehadiran dihadkan oleh penganjur.
“Dia perlu mendapatkan permit polis,” kata Dr. Noor Hisham dipetik daripada MalaysiaNow.
Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berkata, tindakan portal-portal berita memetik MalaysiaNow sebagai sumber kenyataan Dr Noor Hisham itu cukup menarik kerana portal itu sering dikaitkan dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Soalnya. adakah Azmin atau sesiapa dalam dalam Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan kerajaan tahu apa yang akan dihebahkan oleh Tengku Razaleigh dalam sidang media yang dicadangkan itu sehingga berusaha menggagalkannya?” tanya Kadir.
Ini kerana, sejak awal semalam, media massa telah menerima undangan untuk menghadiri sidang media Ku Li pada jam 3 petang hari ini di kediamannya di ibu negara.
”Soalnya adakah SOP yang menggagalkan sidang media Tengku Razaleigh atau konspirasi politik untuk menyekat beliau daripada membuat kenyataan penting?” soal beliau lagi.
Kadir berkata, soalannya itu nama Tengku Razaleigh sering disebut sebagai white knight bagi menyelamatkan keadaan.
Beliau berpandangan, kalau apa yang hendak disampaikan oleh Ku Li itu penting, veteran UMNO itu masih boleh melakukannya melalui kenyataan media.
Kalau tidak, orang akan sekali lagi mempertikaikan kesungguhan Ahli Parlimen Gua Musang itu, kata Kadir. – MalaysiaGazette
Merepek juga kadang2 Kadir ni. SOP kata kena mohon permit. Kuli pulak kata dia cancel sbb tak mohon permit. BUKAN MOHON PERMIT TP KENA TOLAK. baru namanya ada gangguan politik. Nak buat sidang media kot FB Live boleh, surat terbuka boleh, kenyataan media pun Kadir sendiri kata boleh. Apa masalah nya sampai kuar statement kospirasi politik?