Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Keperluan untuk mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin adalah perkara yang selalu disebut Perdana Menteri dan diulang sekali lagi semasa mengumumkan Pelan Pemulihan Negara.

“Kita doakan agar pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara segera menunjukkan hasil supaya matlamatnya akan tercapai,” kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau menjunjung kasih dan merafak sembah atas keprihatinan tinggi yang dizahirkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta terutamanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Pandangan-pandangan yang dinyatakan jelas menunjukkan betapa Duli-Duli Tuanku sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat dan tadbir urus negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Wan Saiful mengajak rakyat berdoa agar pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara segera menunjukkan hasil supaya matlamatnya akan tercapai.

“Langkah-langkah susulan sedang diambil oleh kerajaan. Sudah semestinya yang paling penting ialah semua tindakan kita mesti dipandu oleh Perlembagaan dan undang-undang negara,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Wan Saiful, tumpuan kepada usaha-usaha memerangi wabak Covid-19, kempen pematuhan SOP dan juga kempen vaksinasi perlu diteruskan.

“Kita mesti keluar daripada belenggu wabak ini supaya kita dapat kembali kepada kehidupan harian seperti biasa,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Doa kami rakyat Malaysia supaya kerajaan PN cepat bungkus dan lenyap dari bumi Malaysia. Kerajaan PN hanya dibarisi menteri-menteri dan ahli-ahli yang lemah akal fikiran dan hanya tahu cakap berbelit-belit. Jika suatu masa dulu puak-puak yang ditampuk pemerintahan sekarang hanya tahu membuat fitnah dan omongan kosong terhadap BN, tapi hakikatnya apabila mereka diberi peluang memerintah berganda teruk dan bodohnya berbanding BN. Semoga cepatlah lenyap PN dari bumi Malaysia.

Comments are closed.